Plot Justice League (filem)

Beribu tahun yang lalu, Steppenwolf dan bala tenteranya iaitu Parademons cuba mengambil alih Bumi dengan tenaga dari gabungan tiga Ibu Kotak. Mereka telah digagalkan oleh Dewa Themyscira, Amazons, Atlantis, manusia dibumi pimpinan Green Lantern. Selepas menangkis tentera Steppenwolf, Ibu Kotak dipisahkan dan 2 buah kotak disembunyikan di beberapa lokasi di bumi. Pada masa ini, manusia sedang berkabung di atas kematian Superman dua tahun yang lalu. Kematiannya telah menyeru Steppenwolf untuk mendapatkan semula Ibu Kotak. Steppenwolf ingin mendapatkan Ibu Kotak atas tujuan untuk membentuk The Unity, yang akan menghancurkan ekologi bumi dan menukarnya ke dalam dunia Darkseid.

Steppenwolf berjaya memperoleh ibu kotak pertama dari dunia Themyscira, melalui Ratu Hippolyta. Ratu memberi amaran kepada Puteri Diana / Wonder Woman bahawa Steppenwolf dalam perjalanan ke bumi bagi mendapatkan 2 buah ibu kotak yang lain. Steppenwolf terus mencari Arthur Curry / Aquaman dari dunia Atlantis untuk mengambil sebuah lagi kotak di situ. Kini, hanya tinggal sebuah kotak sahaja yang masih belum diperolehi oleh Steppenwolf. Dalam masa yang sama, Komisioner James Bordon telah memberitahu kepada Bruce Wayne / Batman bahawa terdapat entiti asing yang dalam perjalanan ke bumi.

Wonder Woman dan Bruce Wayne mula merekrut Aquaman, Victor Stone / Cyborg dan Barry Allen / The Flash bagi membendung kemaaraan Steppenwolf ke bumi. Batman menyatakan hanya Clark Kent / Superman sahaja yang dapat menewaskan Steppenwolf kelak. Superman hanya dapat dihidupkan melalui pengaktifan Ibu Kotak. Ibu Kotak yang terakhir kini di dalam simpanan Cyborg, selepas ia digunakan beberapa tahun lalu. Cyborg menyatakan dia pernah ditimpa kemalangan semasa ayahnya membuat eksperimen ke atasnya, namun eksperimen tersebut menemui kegagalan dan membuatkan dirinya cacat buat selama-lamanya. Tenaga dari Ibu Kotak berjaya memulihkan dia, tetapi dia kini menjadi Cyborg bukanlah Victor Stone yang lama.

Jasad Superman digali semula dan direndam di dalam cecair amniotik genetik khas dari sumber Kryptonian yang diperoleh di dalam Ibu Kotak. Ibu Kotak dijatuhkan dari atas oleh Cyborg dan dijana tenaga elektrik dari The Flash untuk memicu Ibu Kotak sebelum ia tenggelam ke dalam cecair amniotik bagi menghidupkan semula Superman. Akhirnya Superman berjaya dihidupkan semula tetapi ingatannya masih tidak stabil terhadap kawan-kawannya. Superman mula mengamuk selepas Cyborg secara tidak sengaja mengaktifkan deria ancaman kepada Superman. Tiada seorang pun yang dapat mententeramkannya. Dengan bantuan Lois Lane, kekasihnya baharulah ingatan Superman pulih beransur-ansur dan sudi membantu pasukan Justice League.

Pasukan telah pergi bertarung dengan bala tentera Steppenwolf / Parademons di Russia. Sebelum mereka bertempur dengan Steppenwolf. Sementara mereka berempat bertarung, Cyborg berusaha untuk memisahkan 2 buah Ibu Kotak yang telah dikunci oleh Steppenwolf beberapa hari yang lalu. Mereka bekerjasama dan akhirnya berjaya menewaskannya. Akibat kapaknya telah patah, kuasa Steppenwolf hilang dan ini menyebabkan bala tenteranya telah membelot dan terus membunuh tuannya, Stepenwolf. Steppenwolf dan bala tentera dihapuskan melalui portal terus ke angkasa raya. Manakala pasukan Justice League kembali semula ke alam yang asal.

Selepas pertempuran, Bruce dan Diana bersetuju untuk menubuhkan pangkalan operasi untuk pasukannya, dengan ruang untuk lebih ramai para adiwira yang lain berkhidmat. Diana lebih terkenal sebagai adiwirati di bumi, Barry memperoleh pekerjaan sebagai pegawai polis khas di Central City selain dia terus meneroka dan meningkatkan kebolehannya dengan bapanya di dalam Makmal S.T.A.R. Arthur Curry kembali semula ke dunia Atlantis dan terus melindungi orang di lautan. Superman pula meneruskan hidupnya sebagai wartawan menggunakan nama manusianya, Clark Kent dan bertindak juga sebagai pelindung / adiwira di Bumi. Dalam adegan kredit pertengahan, Superman dan Barry mempunyai perlumbaan yang mesra untuk melihat siapa yang lebih pantas berlari hingga ke garisan penamat. Manakala dalam adegan pasca kredit, Lex Luthor telah melarikan diri dari Arkham Asylum dan kemudian merekrut Slade Wilson untuk membentuk liga mereka sendiri.

Rujukan

WikiPedia: Justice League (filem) http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=dcfilm1117... http://collider.com/justice-league-runtime-budget-... http://comicbook.com/dc/2017/10/13/ben-affleck-des... http://www.denofgeek.com/us/movies/justice-league/... http://www.imdb.com/title/tt0974015/ http://www.metacritic.com/film/titles/justice-leag... http://www.rottentomatoes.com/m/%7B%7B%7Bid%7D%7D%... http://bbfc.co.uk/releases/justice-league-film https://www.cbr.com/justice-league-direct-sequel-b... https://www.forbes.com/sites/scottmendelson/2017/1...